Selalu di panggil Cosec yang bermaksud Company Secretary dalam bahasa inggeris atau dalam bahasa melayunya adalah Setiausaha syarikat.
Dalam entiti Sdn Bhd (Sendirian Berhad) ianya adalah individu atau syarikat berlesen yang bertanggungjawab memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan syarikat, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menyediakan dan memfailkan dokumen rasmi syarikat (contoh: Resolusi, Borang, Penyata Tahunan).
Menyimpan rekod statutori syarikat seperti daftar pengarah, pemegang saham, dan minit mesyuarat.
Memberi nasihat kepada pengarah berkaitan kewajipan undang-undang syarikat.
Menjadi penghubung antara syarikat dan SSM.
Syarikat Sdn Bhd wajib melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat berlesen dalam tempoh 30 hari selepas penubuhan.
Buat masa ni terdiri dari 4 personel iaitu seorang Setiausaha syarikat berlesen dengan pihak SSM iaitu En Nur Firdaus bin Muhammad dengan dibantu oleh 3 pembantu.
En Nur Firdaus bin Muhammad
Pn Siti Hawani, Pn Aini Anisah & Cik Fatin
Antara komponen penting dalam pengurusan Sdn. Bhd. adalah penyediaan laporan kewangan yang teratur. Dalam hal ini, firma yang dikendalikan oleh En. Nur Firdaus turut menawarkan khidmat konsultansi bagi bahagian berkenaan bagi membantu menangani isu-isu berkaitan.