Trafik Dagang (MA0269344-H) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan setiausaha syarikat dan pengurusan perniagaan. Kami beroperasi di Kenwingston Business Center, Cyberjaya, dan kini mengurus lebih daripada 200 profil syarikat Sdn Bhd.
Perniagaan ini pada asalnya bermula di bawah syarikat Millionmind Sdn Bhd, yang diterajui oleh seorang akauntan bertauliah, ahli Persatuan Akauntan Malaysia (MIA) sejak 1 November 2013. Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat, dan jawatan terakhirnya ialah sebagai Senior Account Executive sebelum mengambil keputusan untuk memberikan fokus penuh kepada Millionmind Sdn Bhd. Minat berniaga pula telah dipupuk sejak zaman universiti, dengan pelbagai pengalaman seperti menjual baju, tambah nilai telefon, menyewa kereta, dan berniaga di pasar malam dengan produk yong tau foo.
Melalui proses penstrukturan semula, perniagaan ini kini beroperasi sepenuhnya di bawah jenama Trafik Dagang. Idea untuk fokus dalam bidang ini tercetus daripada cabaran yang dihadapi rakan-rakan usahawan berkaitan isu percukaian. Maka, keputusan diambil untuk memulakan perniagaan berdasarkan kemahiran dan kelayakan yang sedia ada.
Segalanya bermula secara kecil-kecilan dari rumah, hanya berbekalkan sebuah komputer riba untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja pelanggan. Seiring waktu, syarikat terus berkembang sedikit demi sedikit dengan sokongan ahli pasukan yang komited dan berdedikasi. Kini, Trafik Dagang terus melangkah maju sebagai rakan strategik kepada para usahawan.
Menggunakan nama TRAFIK DAGANG adalah kerana peranan kami sebagai setiausaha syarikat yang selalu berurusan dengan klien kami, jadinya penggunaan nama lebih umum membuka ruang untuk saling bekerjasama tanpa ada batasan dari segi nama perniagaan yang mengkhusus kepada sesuatu bidang.
Menjadi penyedia perkhidmatan perniagaan yang dipercayai oleh usahawan di Malaysia dalam urusan pematuhan, percukaian, dan pembangunan syarikat.
Memberikan khidmat pendaftaran dan pengurusan syarikat yang cekap, telus dan mengikut undang-undang.
Membantu usahawan memahami dan memenuhi keperluan cukai serta kewangan perniagaan mereka.
Menyediakan sokongan berterusan kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk berkembang secara mampan.
Membina pasukan profesional yang berdedikasi dan mesra pelanggan.
Menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan pematuhan dan dokumentasi perniagaan.
Jelas & Telus
Urus niaga yang terang, tanpa sorok.
Ilmu Dikongsi
Panduan yang praktikal, bukan teori semata.
Pematuhan Utama
Berniaga dengan patuh undang-undang.
Bermula Dengan Yakin
Sokong langkah kecil menuju kejayaan besar.
Adaptif & Peka
Sentiasa ikut arus perubahan dunia bisnes.
Bagi menjaga privasi dan kerahsiaan pelanggan, kami tidak menyiarkan sebarang gambar atau bukti komunikasi di laman web ini. Sekiranya memerlukan sebarang pengesahan, anda dialu-alukan untuk hadir ke pejabat kami.